Soalan & Pertanyaan Lazim

 

1. Berapakah harga produk di laman web ini?

2. Bagaimanakah cara untuk saya membuat bayaran?

3. Bagaimanakah produk dihantar?

4. Apakah yang perlu saya lakukan selepas membuat pembayaran?

5. Berapa lamakah masa yang perlu saya tunggu untuk mendapatkan Link Download Video tutorial ini?

6. Saya sudah menunggu 48 jam, tetapi masih tidak menerima apa-apa email dari pihak GrafikJualan.com. Apakah yang perlu saya lakukan?

7. Apakah format yang digunakan bagi video tutorial ini?

8. Saya menghadapi masalah untuk melihat video dan audio, apakah yang perlu saya lakukan?

9. Apakah Polisi Jaminan Pulangan Wang GrafikJualan.com?

10. Saya tiada pengetahuan komputer yang tinggi, adakah video-video ini berguna untuk saya?

11. Adakah mudah untuk belajar melalui VTPGJ?

12. Apakah versi Photoshop yang anda gunakan?

13. Apakah jenis komputer yang bersesuaian untuk memainkan VTPGJ?

14. Bolehkah kita berjumpa 'face to face' sebelum saya membeli produk ini agar saya boleh dapatkan kepastian dan kesahihan produk atau untuk mendapatkan bantuan 'personal coaching'?

15. Saya ingin bertanya lebih lanjut, bagaimana saya boleh menghubungi anda?

 


1. Berapakah harga produk di laman web ini? 

Pada masa sekarang, harga pengenalan produk Video Tutorial Photoshop Grafik Jualan (VTPGJ) ialah RM65. Namun bila-bila masa sahaja harga ini akan berubah kerana penambahan pakej dan ini hanya harga pengenalan. Dalam tempoh tertentu saya akan menutup harga pengenalan dan pasti harganya akan meningkat. Jadi dapatkannya sekarang!

Kembali ke atas

2. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembayaran?

Sila lihat http://www.grafikjualan.com/tempaha.php untuk maklumat cara membuat bayaran.

Pada waktu ini, saya hanya menerima pembayaran melalui Maybank dan Paypal.

Kembali ke atas

3. Bagaimanakah produk dihantar?

Oleh kerana produk video tutorial ini adalah produk digital, maka penghantaran produk dilakukan melalui online.  Anda akan diberi link ke Private Member Site melalui email di mana anda boleh memuat turun video-video dan juga bonus yang saya sediakan di Private Member Site.

Kembali ke atas

4. Apakah yang perlu saya lakukan selepas membuat bayaran?

Selepas anda membuat pembayaran, sila pastikan anda menghantar borang pengesahan pembayaran di http://www.grafikjualan.com/pembelian.php. Ini untuk memudahkan saya menyemak bukti pembayaran yang telah anda lakukan dan menghantar maklumat produk kepada anda.

Kembali ke atas

5. Berapa lamakah masa yang perlu saya tunggu untuk mendapatkan Link Download Video tutorial ini?

Sila berikan masa selama 48 jam selepas membuat pengesahan pembayaran bagi membolehkan saya menyemak bukti pembayaran yang telah anda berikan. Saya akan menghantar respon ke email anda.

Kembali ke atas

6. Saya sudah menunggu 48 jam, tetapi masih tidak menerima apa-apa email dari pihak GrafikJualan.com. Apakah yang perlu saya lakukan?

Pastikan anda memeriksa bahagian spam atau bulk email anda. Kemungkinan email yang pihak GrafikJualan.com hantar masuk ke bahagian tersebut. Sekiranya anda tidak menerima apa-apa emel dari pihak GrafikJualan.com selepas 48 jam, sila hantar tiket di Support Desk.

Kembali ke atas

7. Apakah format yang digunakan bagi video tutorial ini?

Format video-video ini adalah dalam AVI. Maka anda memerlukan pemain video yang menyokong format ini. 

Saya syorkan anda menggunakan Software Windows Media Player untuk memainkan video tutorial ini.

Kembali ke atas

8. Saya menghadapi masalah untuk melihat video dan Audio, apakah yang perlu saya lakukan?

Memandangkan 'Video Tutorial' ini adalah dalam format AVI, pemain video yang menyokong format dan codec ini diperlukan untuk memainkan video tersebut. Codec merupakan "compressor/decompressor" atau kata lain merupakan program komputer untuk mengecilkan saiz movie yang besar kepada saiz yang kecil dan mudah download dan dimainkan pada komputer. Saya menggunakan codec untuk memastikan saiz video kecil dan mudah untuk anda download disamping kualiti video dan bunyi tidak terganggu.

Jika anda menghadapi masalah untuk memainkan video tersebut, sila download codec di web http://www.free-codecs.com/XP_Codec_Pack_download.htm dan selepas download, cuma install dengan double klik atas icon codec di desktop anda. Selesai install, cuba mainkan semula player dan anda pasti dapat melihat video tutorial saya.

Kembali ke atas

9. Apakah Polisi Jaminan Pulangan Wang GrafikJualan.com?

Pihak GrafikJualan.com menawarkan jaminan pulangan wang dalam tempoh 30 hari selepas bayaran untuk produk Video Tutorial Grafik Jualan sahaja dengan syarat anda telah mengikuti setiap langkah yang saya tunjukkan di dalam video dengan bersungguh-sungguh. 

Sebarang permintaan jaminan pulangan wang haruslah disertakan butiran tentang masalah yang dihadapi dengan lengkap serta sebab-sebab kukuh permintaan.

Kembali ke atas

10. Saya tiada pengetahuan komputer yang tinggi, adakah video-video ini berguna untuk saya?

Saya faham situasi anda. Saya juga dulu seperti anda. Tetapi oleh kerana minat mendalam dalam bidang bidang komputer, tanpa sebarang bantuan, saya telah mencapai ke tahap ini. Sekiranya saya boleh, saya pasti anda pun boleh kerana saya belajar menggunakan photoshop sendiri tanpa sebarang bantuan tetapi untuk anda, saya berikan ilmu pengetahuan yang saya ada untuk anda mempelajari video-video tutorial ini.

Kembali ke atas

11. Adakah mudah untuk belajar melalui VTPGJ?

Saya tidak akan mengatakan bahawa mudah untuk belajar melalui video-video tutorial ini. Tetapi saya boleh katakan, dengan usaha yang gigih mengikuti langkah-langkah yang saya berikan, yang susah boleh menjadi mudah.

Kembali ke atas

12. Apakah versi Photoshop yang anda guna?

Video tutorial ini fokus kepada Adobe Photoshop CS2. Namun ia juga boleh digunakan bersama semua jenis versi Adobe Photoshop.

Kembali ke atas

13. Apakah jenis komputer yang bersesuaian untuk memainkan VTPGJ?

Oleh kerana rakyat Malaysia ramai menggunakan PC, maka saya bangunkan video-video ini khas untuk dimainkan di PC. Namun video-video ini juga boleh dimainkan di Mac cuma teknik-teknik yang saya nyatakan di dalam video mungkin berbeza bagi pengguna komputer Mac.

Kembali ke atas

14. Bolehkah kita berjumpa 'face to face' sebelum saya membeli produk ini agar saya boleh dapatkan kepastian dan kesahihan produk atau untuk dapatkan bantuan 'personal coaching'?

Saya hanya menjalankan urusniaga melalui internet dan tidak akan 'face to face' dengan anda semata-mata untuk menyakinkan anda. Saya menyerahkan 100% kepada anda sama ada anda percaya atau tidak dengan produk ini kerana saya menjalankan urusniaga secara profesional dan serius. Tujuan saya ialah memberi ilmu pengetahuan saya kepada nada, bukan untuk menipu anda.

Buat masa sekarang saya tidak ada menawarkan 'Personal Coaching' sama di luar ataupun online. Namun jika anda memerlukan sebarang bantuan ataupun persoalan mengenai produk, bolehlah menghubungi saya si ruangan Support  Desk.

Kembali ke atas

15. Saya ingin bertanya lebih lanjut, bagaimana saya boleh hubungi anda?

Sila hubungi saya di  Support  Desk.

Kembali ke atas

 

Home . Pembelian . Soalan Lazim . Terma & Syarat . Support . Blog

 

 

 

Copyright 2008 GrafikJualan.com. All Right Reserved.