|
Syarat
Dan Terma
Anda
perlulah mematuhi beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak
GrafikJualan.com bagi memberikan keselesaan kepada anda dan juga pengguna
yang lain serta untuk mengelakkan sebarang permasalahan yang akan berlaku :
1. Anda hendaklah mengikuti setiap langkah-langkah pembelian yang telah
ditetapkan oleh pihak GrafikJualan.com agar proses pengesahan pembayaran
dapat dilakukan dengan lancar.
2.
Pihak GrafikJualan.com pada bila-bila masa mengubah harga yang
ditawarkan iaitu kami boleh menambah dan mengurangkan harga bagi produk di
GrafikJualan.com.
3. Setiap
Link download yang dihantarkan kepada anda MESTI
DIRAHSIAKAN dan merupakan hak milik anda sahaja. Link download
kami merupakan amanah yang dipertanggunjawabkan kepada anda agar tidak
memberikannya kepada sesiapa saja sesuka hati.
4. Tidak
dibenarkan mana-mana bahagian dalam halaman web ini atau produk yang
dibekalkan disalin, ditiru, diedar dan dicetak dalam apa jua bentuk
sekalipun tanpa mendapat persetujuan dan keizinan daripada pihak
GrafikJualan.com. Kami akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya jika ini
berlaku termasuklah tindakan undang-undang.
5. Namun
kadang-kadang berlaku kesilapan atau masalah dari pihak pembeli seperti
talian internet pembeli yang bermasalah menyebabkan file tidak dapat
di'download' dengan sempurna. Jika ini berlaku maka ia adalah di luar bidang
kami.
6. Tiada
jaminan yang diperakukan bahawa maklumat yang terkandung di dalam pakej ini adalah tepat dan lengkap. Pihak kami tidak bertanggungjawab di atas
sebarang risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau
tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan produk ini,
secara langsung atau tidak langsung.
7.
Pihak GrafikJualan.com menjanjikan pulangan wang selama 30 hari
dari tempoh anda mendapatkan produk yang kami bekalkan. Namun terdapat
syarat yang perlu anda patuhi sebelum meminta pulangan wang iaitu anda
telah berusaha dengan bersungguh-sungguh mengaplikasikan segala teknik dan
tip yang diberikan di dalam video tutorial. Kemudian setiap permohonan
pemulangan wang haruslah disertakan bukti-bukti sah yang diperlukan
seperti bukti anda mencuba produk dan arahan yang diberikan.
Bayaran
wang akan dipulangkan kembali kepada pembeli dalam tempoh seminggu selepas
tarikh pengesahan permohonan pulangan wang yang berjaya.
8.
Kami telah mencuba produk ini agar ianya bersesuaian dan boleh digunakan
dengan baik. Oleh itu sebarang masalah yang timbul dari penggunaan produk
ini sila maklumkan dengan segera kepada pihak kami.
9. Anda
disyorkan membuat promosi produk dan servis kami. Tetapi, anda tidak
dibenarkan membuat promosi dengan menghantar SPAM email atau mempromosi di
laman yang mengandungi unsur lucah.
Dengan
membeli produk & servis kami, anda setuju mengikut semua terma, syarat
dan maklumat di GrafikJualan.com
Janagan
beli sekiranya anda tidak puas hati dengan maklumat dan syarat yang
dinyatakan.
Tempah
Sekarang!
Home
. Pembelian
. Soalan Lazim
. Terma &
Syarat . Support
. Blog
|